Friday 4 October 2019

Eat: " KFC Twister Lite"



EAT: "KFC Twister Lite"


Mari kita review Twister Lite. antara menu breakfast KFC pilihan aku sbb kombinasi
telur+ayam+tamato dan ada wrap mmg terbaik.
bagi aku tomato tu ambil peranan sbb awal pagi bila ko gigit tomato tu panas-panas terasa banjir mulut ko weh. haha. pastu telur fluffy and ayam KFC cm biasa ah terbaik.

So ni EAT, REST and Work punya food scores untuk Twister Lite:

 Food Scores:
Presentation: 3/5 bintang
beli take away, so nak kata cmna, hahahaha tapi sebab dia punya cara bungkus menyenangkan kita nak makan sambil on the go, so aku bg 3 bintang

Taste: 3.5/5 bintang
Sedap sbb ada teomato, telur dan ayam. and sbb dia ni untuk menu sarapan, twister lite ni sesuai utk org yg nak cari makanan ringan awal pagi tapi mengenyangkan. tapi kalau spesis cam aku, mau 3 set twsiter lite baru kenyang haha

Originality: 3.5/5 Bintang
Setakat ni dalam menu KFC , twister lite ja yg aku rasa tomato ni memainkan peranan penting hahaha. 

Freshness: 3/5Bintang 
Fastfood kan, kalau fastfood yang penting makanan tu kalau aku kena warm n panas saat kita beli. dr beli sampai kat umah, twsiter lite ni masih warm lg so ok la aku. bahan dia guna pun berkualiti sbb ni kualiti mana mana fastfood chain kena ikut kan kan kan?

dah abis dah... haha

Roger and Out!




REST: " L'heure bleue "



REST:  " L'heure bleue "

Salam and Good Morning Guys!!
hari ini Sabtu so masa untuk Rest. Takda perkara yang paling penting kalau kita mulakan hujung minggu bangun awal pagi tgk laut. haha ni cara Aku rest cari ketenangan awal pagi. 
Tgk laut berlatar belakangkan "Blue Hour".
nak tau apa blue hour? Blue Hour ni kalau tak silap ialah masa 20-30 minit sebelum matahari terbit atau terbenam. tapi yg aku cari pagi ni Blue hour sebelum matahari terbit. Langit akan berwarna biru + keunguan. tapi mostly kaler biru. nampak tenang weh


so gambar atas adalah fenomena Blue Hour yang aku sendiri ambik awal pagi tadi sambil tgk laut di area teluk Likas, Sabah. hahaha. gambar sebelah kanan, tu masih nampak lg saat Blue Hour dan sebelah kanan plak ble nampak matahari dah mau terbit. nice huh?

Roger and Out!

Wednesday 2 October 2019

WORK : " Banjir "

WORK : " Banjir "

OK arini gigih bro datang sekolah awal pagi.. tapi nak bgtau something yg mana kalau aritu hujan lebat ..confirm akan banjir kawasan depan sekolah, nak kata dalam tu agak dalam sampai mencecah tengah kereta. haa... kalau x dalam tu paras dia sampai tayar..hehe
(ni masa bro lalu banjir tu. nasib x berapa dalam time ni)

Roger and Out!

Monday 30 September 2019

Work : "May the force be with you!"


Work : "May the force be with you!"

Hari pertama peperiksaan di sekolah aku.
huh? aku cikgu kot haha. tapi jangan bimbang, segala rahsia keguruan dan segala noktah hitam dalam kerja ni aku tak akan dedahkan. sebab kalau aku dedahkan , takda org nak jadi cikgu lagi kot. haha takda la,untuk part WORK dalam blog aku ni, aku hanya akan ceritakan pengalaman yg best atau stress nya jadi cikgu pada hari tu ja. jangan risau la cikgu cikgu semua. haha

Ok, kat gambar tu dewan sekolah aku. dewan yang digunakan untuk peperiksaan akhir tahun. so Hari ini tak payah masuk kelas kot mengajar haha, just jadi pengawas exam yg selalunya kerja kitaorg;
1. mengedar kertas peperiksaan
2. mengutip kertas peperiksaan
3. memantau pelajar supaya tak meniru ka apa
4. gelak tgk pelajar yg malamnya gigih study tapi time exam tido
5. mengacau pelajar yang tidur supaya bangun tidur dan jawab kertas exam la

haha ok yang no 1-3 tu mmg tugas rasmi. yang seterusnya tu bukan ok, just aku ja kot satu satunya cikgu kat Malaysia ni yg otak lari sikit ke laut perangai, perangai haram. hahahaha

nak cerita pasal tugas yg no 5:
hahaha ni sebenarnya story arini, aku sebenarnya nak cerita pasal cmna aku kacau kelas aku ajar tu yg tgh sedap tidur masa exam. sapa tak panas bro bila penat kita buat soalan sampai tgh malam tak tido, bila masa exam dia bole bole buat peta air liur tido hahaha. aku tak la kacau sgt pun, aku just pi kat meja dia, kaki aku kat kaki meja. aku kasi gerak sampai bergegar kuat meja tu sambil aku bisik:

"GEMPA BUMI!!!"

haha mana tak dia terkejut bila aku buat cmtu. pastu aku dan student yg menyaksikan aku dalam proses membangunkan dia tidur tu mmg tahan perut mau ketawa. haha last last aku juga kena marah dengan cikgu lain (yg juga tgh jaga dewan yang sama, dewan besar kot, mau 6-7 orang juga yang menjaga) sbb buat bising, baru padan muka aku kena marah hahaha.

okla. post kali ni pasal WORK. next post nanti aku buat keputusan sama ada nak ambil part REST atau EAT pulak. tunggu ja nnt post baru ok. 

roger and out.

Hi, My First Post!

Assalamualaikum dan alo.
tak buat pendahuluan yang panjang panjang sangat cuma panggil aku Bro ja.
Dalam blog ni aku cadang share pengalaman atau story yang menarik pasal 3 aspek yang sangat mempengaruhi kehidupan aku iaitu EAT, WORK dan REST.

EAT: aku share makanan atau minuman yg aku rasa sedap dan bg review supaya next time korang tau benda yg sedap atau x hahaha

WORK: yes, I'm a workaholic. aku akan share cerita atau situasi yg lucu, stress, yang buat aku marah ka apa dalam kerja aku. nnt korang akan tau kerja aku apa dan camna.

REST: aha.. bila dah kuat kerja, of course aku ni kaki rehat. aku akan share apa benda n tmpt aku pi kalau aku nak release tension ataupun nak rehat. biarpun rehat kat rumah, ada benda yg aku akan buat.

aha tu sedikit la cerita pasal cmna blog aku berfungsi. ahahaha. ok, selamat datang dan semoga datang kembali ke blog aku.

Roger and Out!